Tuesday 8 March 2016

Resepi Ikan Selar Stim : Inspire Cookware

 Inspire cookware



Sudah kah anda memiliki produk Tupperware yang bernama Inspire cookware ini?
Peralatan set periuk yang ada 5 biji pelbagai saiz dan bnetuk yang digunakan untuk memasak.

Jika belum ,anda boleh mula kumpul duit dan tanam niat untuk beli kerana produk ini sangat baik untuk berada di dapur anda dan digunapakai hari-hari untuk memasak menu sihat bagi anda dan keluarga.

Jika anda ada modal yang besar, boleh terus beli 1set 5 biji, dan jika tiada, boleh mula beli Fryer dahulu.
Fungsi periuk ini  adalah sama kelima-lima nya
-ia tidak melekat (masa api perlahan atau sederhana saja ya)
-ia mudah masak (jimat api gas)
-ia mudah dilihat keran penutupnya transparent (clear mudah nampak makanan masak ke belum)
-penutup ada injap yang boleh buka dan tutup mengikut resepi masakan yang dimasak
-ia mengurangkan penggunaan minyak dan air semasa memasak

Sekarang saya nak kongsikan resepi memasak ikan selar stim dengan menggunkan periuk Inspire cookware-Fryer


Resepi ini bukan saja tiada minyak dan tambahan air, tetapi ia juga menyihatkan dan sesuai untuk orang dalam pantang atau pun kita yang sihat sentiasa

sebelum dimasak, Inspire Fryer cookware

Injap tertutup, untuk cepat proses memasak stim


 Bahan-bahan:
-bawang putih
-bawang merah
-halia
- sedikit garam sebagai perasa
-limau nipis
-ikan selar sederhana besar 2 ekor

Cara-cara:
1) Tumbuk semua bawang dan halia bersama garam halus
2) Lumurkan pada ikan yang dah bersih disiang dan diselar pada badannya
3) Letak hirisan limau nipis di atas ikan. Ini untuk menghilangkan bau hanyir dan bagi aroma pada ikan. Ia juga sangat sihat untuk mereka yang sedang berdiet sihat.
4) Masukkan ikan ke dalam fryer dan tutup penutup. Setkan injap dalam keadaan tertutup, Khas untuk stim, mengukus dan  lain lain. Ia berfungsi untuk memerangkap wap air dan masukkan semula ke dalam periuk. Ia juga memerangkap khasiat daripada ikan dan mengelakkan ia terbebas keluar.
5) Balikkan ikan setelah di bawahnya masak, mengambil masa 1-2 minit. Kemudian ikan kita telah pun siap dimasak. Boleh tutup api dan jika anda tak mahu air yang banyak sebagai kuah, anda boleh buka injap ke bahagian terbuka supaya wap air terbebas dan kurangkan air yang terhasil pada ikan.

Sekian dulu, serba sedikit resep dari saya.
Yang penting makanan anda mudah dimasak dalam masa yang singkat dan ia menyihatkan untuk seisi keluarga.








-

No comments:

Post a Comment